Search

Tiada petunjuk, operasi mencari adik Nurain dihentikan

June 3, 2023

Info X Reporters

SANDAKAN: Selepas enam hari, adik Nurain Randi yang dilaporkan hilang di kawasan ladang sawit, di Paris, dekat sini, sehingga kini masih gagal dikesan.

Kanak-kanak perempuan berusia setahun sembilan bulan, dilaporkan kali terakhir dilihat berada di kawasan kuarters di kawasan ladang berkenaan pada 28 Mei lalu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi mencari mangsa yang mula digerakkan pada 30 Mei lalu juga terpaksa dihentikan pada 1 Jun lalu kerana tiada petunjuk ditemui.

Menurutnya, pasukan SAR mengalami sedikit cabaran kerana lokasi kejadian tidak mempunyai litupan GIRN.

“Hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 1 Jun lalu juga gagal menemui mangsa dan operasi kemudian ditamatkan pada jam 2 petang.

“Operasi SAR ditamatkan atas sebab tiada petunjuk ditemui dan selepas perbincangan dengan pihak polis.

“Bagaimanapun, operasi akan disambung semula sekiranya terdapat petunjuk baru ditemui dan setakat ini, operasi mencari mangsa dilaksanakan sendiri oleh penduduk kampung mengikut cara mereka sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Info X