Search

Tun Musa, Hajiji bersama Huguon Siou ‘mongomot’ sempena penutupan Kaamatan

May 31, 2025

Info X Reporters

PENAMPANG: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman melakukan upacara mongomot atau menuai padi sempena majlis penutupan Kaamatan di Hongkod Koisaan, KDCA, di sini, pada Sabtu.

Tun Musa kemudian memalu gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik pengisytiharan penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2025.

Tun Musa menuang padi ke dalam tangkob.

Upacara mongomot itu turut disertai Huguon Siou yang juga Presiden KDCA, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Turut sama ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Ir Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Yang turut hadir isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Tun Musa bersama Hajiji dan Huguon Siou ‘mongomot’ di Hongkod Koisaan KDCA.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri. – Info X