Search

Tun Musa Lawat Bung Moktar dirawat di ICU

December 5, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Yang di Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman hadir di Hospital Gleneagles malam tadi bagi melawat Pengerusi BN Sabah merangkap Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang sedang menerima rawatan.

Tun Musa tiba di hospital swasta berkenaan kira-kira jam 11.30 malam sebelum beredar kira-kira 20 minit kemudian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan itu dilaporkan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak pagi tadi.

Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin mengesahkan Bung Moktar mengalami kegagalan fungsi buah pinggang selain jangkitan pada paru-paru.

Dalam perkembangan berkaitan, anak lelaki beliau, Naim Kurniawan Moktar menerusi hantaran di Facebook menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan bapanya, termasuk imam di Lamag yang mengadakan solat hajat khas. – Info X