KOTA KINABALU: Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos dijangka menggantikan Datuk Jauteh Dikun sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu.
Difahamkan, nama beliau dipilih pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menggantikan Jauteh berdasarkan prestasi dan kekananan dalam perkhidmatan polis.
Majlis serah terima tugas dijangka berlangsung pada 10 November ini.
Terdahulu, Jauteh bakal menamatkan kerjaya kepolisan melalui persaraan wajib bermula 11 November ini selepas lebih 32 tahun menabur bakti dalam pasukan polis.
Sepanjang lebih tiga dekad perkhidmatannya, Jauteh memegang pelbagai jawatan penting dalam pasukan polis sebelum diberi kepercayaan menerajui Kontinjen Sabah. – Info X