Search

Wanita maut dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan

September 28, 2026

Info X Reporters

PENAMPANG: Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan di Donggongon, di sini, hari ini.

Mangsa berusia 38 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas jalan di bahagian belakang bangunan berkenaan kira-kira jam 12.36 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan terbabit dan mengalami kecederaan parah.

Katanya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan pada jam 1.05 petang.

“Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat kes yang juga Ketua Polis Balai Penampang, Inspektor Ahmad Amir Fitri Ab Rahman di talian 016-449 2215.

“Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan gambar dan video berkaitan kejadian bagi menjaga sensitiviti serta privasi keluarga mangsa,” katanya. – Info X