Search

Tun Dr Siti Hasmah tokoh yang disegani, jadi inspirasi rakyat Malaysia – KM

September 28, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Isnin.

Menerusi hantaran di Facebook, Hajiji menyifatkan Allahyarhamah sebagai seorang tokoh yang disegani dan menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia atas jasa, sumbangan dan dedikasinya kepada negara.

“Salam takziah diucapkan kepada YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

“Allahyarhamah merupakan seorang tokoh yang disegani dan menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia melalui jasa, sumbangan serta dedikasi beliau kepada negara.

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar yang pastinya dirasai oleh seluruh rakyat,” katanya.

Hajiji turut menitipkan kata-kata harapan agar Tun Dr Mahathir dan ahli keluarganya diberi ketabahan dan kesabaran menghadapi saat yang sukar.

“Segala jasa dan bakti Allahyarhamah pasti akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya. – Info X