Search

Wanita melecur ketika cuba selamatkan diri

July 21, 2024

Info X Reporters

TAWAU: Seorang wanita melecur ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Baru Pasir Putih, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 44 tahun yang melecur di bahagian tapak kakinya kini menerima rawatan di Hospital Tawau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.13 pagi dan setibanya jentera serta 16 anggota bomba di lokasi, terdapat sebuah rumah serta dua kenderaan terbakar.

Pasukan bomba memadam kebakaran rumah di Kampung Baru Pasir Putih, Tawau. – Foto/Bomba

“Pasukan bomba terus menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari pili bomba berhampiran.

“Terdapt seorang mangsa melecur di bahagian tapak kaki dan dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS bomba,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi tamat pada jam 4.09 pagi dan punca kejadian serta nilai kerugian masih dalam siasatan. – Info X