Search

Wanita tempatan didakwa buang bayi dihadap ke mahkamah

July 23, 2025

Info X Reporters

LAHAD DATU: Seorang wanita tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas dakwaan membuang bayi pada 18 Julai lalu.

Tertuduh, Nurfazilah Jaafar Sidik, 24, didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi dengan niat untuk membuangnya secara kekal.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan dibuat di hadapan Majistret Nur Asryaf Zolhani.

Mahkamah menetapkan 9 September depan untuk sebutan semula, sementara menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.

Kes itu berkaitan seorang bayi lelaki yang ditemui ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Kampung Burung, Jalan Bakawali, Lahad Datu.

Kejadian dilaporkan pada kira-kira jam 3 pagi, 18 Julai lalu. – Info X