Search

Warga emas 105 tahun hilang ditemukan meninggal dunia di Pitas

January 9, 2026

Info X Reporters

PITAS: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak 4 Januari lalu ditemukan meninggal dunia di sebuah anak sungai berhampiran Kampung Pondoi, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Bakar Sampelit, berusia 105 tahun, ditemukan oleh pihak berkuasa kira-kira jam 10.52 pagi di kawasan anak sungai, lebih kurang 500 meter dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin berkata, laporan kehilangan mangsa diterima selepas ahli keluarga menyedari mangsa tidak berada di rumahnya pada jam 4.11 petang, 3 Januari lalu.

Menurutnya, sebaik kehilangan disedari, ahli keluarga segera menjalankan usaha pencarian di sekitar kawasan kampung, namun usaha awal itu gagal menemui mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin.

“Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai keluar dari rumah ketika cuaca hujan dan mempunyai masalah nyanyuk.

“Mangsa juga dilaporkan kebiasaannya keluar berjalan tidak jauh dari kediaman dan akan pulang sendiri atau dihantar pulang oleh penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, operasi pencarian pagi tadi membabitkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta penduduk kampung di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Pondoi membawa kepada penemuan mayat mangsa.

“Mayat mangsa disahkan oleh ahli keluarga sebelum dibawa ke Hospital Pitas untuk tindakan lanjut.

“Kes dikalsifikan sebagai Orang Hilang (OH) dan dianggap selesai selepas mayat mangsa ditemukan,” katanya. – Info X