Search

Warga emas dikhuatiri lemas selepas terjun sungai

March 4, 2025

Info X Reporters

TENOM: Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Binai, Kampung Binai, di sini, petang tadi.

Mangsa lelaki berusia 71 tahun itu dilaporkan terjun dari jambatan berkenaan ke dalam sungai, kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Penolong Penguasa Bomba, Mudi Pangiran berkata, pihaknya segera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat jam 3.39 petang.

Katanya, seramai 11 anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara water surface menggunakan bot penyelamat.

Lokasi mangsa dipercayai terjun dari Jambatan Binai, Tenom.

“Mangsa belum berjaya ditemui dan operasi ditangguhkan pada jam 6.18 petang tadi.

“Operasi SAR akan disambung semula pada hari esok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selipar mangsa ditemui di Jambatan Binai, Tenom.

Menurutnya lagi, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa. – Info X