Search

2 remaja hilang, polis mohon bantuan kesan Nicholas dan Rezlo

August 8, 2024

Info X Reporters

PENAMPANG: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Kampung Buit Hill, Putatan, di sini, hari ini.

Hebahan orang hilang berkenaan dimuat naik menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, selepas menerima laporan berkaitan orang hilang pada jam 10.18 pagi.

Berdasarkan hebahan itu, kedua-dua remaja iaitu Nicholas Chee Ping, 13, dan Rezlo Mic Fadden Romineo, 15.

Bagaimanapun sehingga kini kedua-dua remaja yang beralamat di Kampung Buit Hill, Putatan, belum pulang.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dua remaja terbabit boleh terus menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Chee Yue Piew di talian 016-6668586.

Orang ramai juga boleh menghubungi IPD Penampang di talian 088-712222. – Info X