KOTA KINABALU: Seramai 2,181 mangsa banjir dipindahkan ke lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Marudu dan Pitas, setakat malam ini.
Ia berdasarkan laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Seretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang mengumpul data mangsa banjir di PPS kedua-dua daerah.
Daripada jumlah itu, seramai 1,401 mangsa direkodkan di tiga PPS di Kota Marudu, manakala seramai 780 mangsa di lima PPS di Pitas.
Di Kota Marudu, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taritipan merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai dipindahkan iaitu 815 orang, diikuti PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek (296 orang) dan PPS SMK Tandek II (290 orang).

Di Pitas, PPS Dewan Majlis Daerah merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai dipindahkan iaitu 365 orang, diikuti PPS SK Salimpodon Darat (145 orang), PPS Dewan Kusilad (129 orang), PPS SK Rukom Ulu (78 orang) dan PPS Dewan Kebatasan (63 orang).
Sementara itu laporan APM merekodkan sebanyak lapan kampung terjejas banjir di Kota Marudu iaitu Beliajung, Boruol (Damai), Tandek, Marasinsim, Morion, Sasayapon, Rasak Laut dan Asin-Asin.
Daerah Pitas merekodkan paling banyak kampung terjejas banjir setakat ini iaitu 30 kampung, manakala sebanyak 18 kampung dilaporkan terputus hubungan.
Kampung terjejas banjir di Pitas ialah Kesagaan Rukom Ulu, Salimpodon Laut, Salimpodon Darat, Kelumpang, Linggisan, Mantus Darat, Bilangau Besar, Gorib, Tambilidon, Luntuk, Marasimsim Laut, Kambau, Gailun, Pinggan-Pinggan, Pondoi, Sinasak Senaja, Gusung, Kalipuon, Kemiri, Kedayan, Desa Seberang, Bawang, Saab Darat, Kusilad, Sibaung, Kanibongan, Mendamai Bai dan Sosop Bai.

Kampung yang terputus hubungan pula ialah Nunguh Mandurian Ulu, Sanitan Laut, Nibang, Mangkabusu, Kodundung Bersatu, Narandang Laut, Narandang Darat, Manduring, Botung, Ampungoi, Masin Besar, Simpang Empat, Simpang, Sulakolung, Layung, Pandan Mendamai dan Mandurian. – Info X