KOTA KINABALU: Sebanyak enam rumah musnah habis manakala dua lagi terbakar 50 peratus dalam kebakaran di Kampung Lok Urai, di Pulau Gaya, dekat sini, malam tadi.
Jurucakap Bomba Sabah berkata, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.06 malam.
Katanya, sepasukan anggota yang turut dibantu pasukan bomba sukarela Pulau Gaya dan Pasukan Polis Marin kemudian bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran.
“Kebakaran melibatkan lapan buah rumah atas air jenis tidak kekal iaitu enm buah rumah terbakar 100 peratus dan dua buah rumah terbakar 50 peratus.
“Anggaran keluasan keseluruhan kebakaran adalah 50 meter persegi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu manakala punca kebakaran serta nilai kerugian masih lagi dalam siasatan.
“Kebakaran berjaya dikawan pada jam 13 tengah malam seterusnya operasi ditamatkan pada jam 12.40 tengah malam,” katanya. – Info X