Search

Warga emas meninggal dunia ketika mendaki bukit

June 2, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di Taman Tun Fuad, Bukit Padang, di sini, pagi tadi.

Mangsa Wong En Fatt, 71, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.08 pagi.

Katanya, maklumat kejadian terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri ketika menjalankan aktiviti mendaki bukit.

“Pasukan KKM berada di lokasi dan memberi rawatan awal namun mangsa disahkan meninggal dunia.

“Tindakan pasukan bomba membantu mengangkat mangsa menggunakan stretcher dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi berkenaan kemudian ditamatkan pada 11.49 pagi. – Info X