Search

BBP Tawau, Lahad Datu nafi tempah makanan banyak

June 2, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Tawau dan Lahad Datu, hari ini, menafikan telah membuat tempahan makanan dengan jumlah yang banyak daripada restoran dan pembekal makanan.

Menerusi hantaran di laman Facebook dua BBP berkenaan, mereka menyatakan yang tempahan berkenaan dibuat oleh seorang individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama BBP Tawau serta Lahad Datu.

“Setakat ini, telah menerima beberapa aduan tempahan makanan ke BBP Lahad Datu yang tidak dilakukan oleh pihak kami.

“Di Tawau pula, setakat ini telah menerima empat aduan tempahan makanan ke BBP Tawau yang tidak dilakukan oleh pihak kami,” katanya.

Sehubungan itu, katanya mohon kepada pemilik restoran mahupun pembekal makanan di sekitar Tawau untuk terus menghubungi BBP Tawau di talian 089-774444/089-772525 sekiranya menerima tempahan seperti ini.

“Bagi BBP Lahad Datu, pemilik restoran mahupun pembekal makanan boleh menghubungi BBP Lahad Datu di talian 089-884996/089-881443/089-884444.

“Mereka juga boleh menghubungi Ketua BBP Lahad Datu di talian 01170333369 sekiranya menerima tempahan seperti ini,” katanya. – Info X