Search

Butir matan palsu : 3 termasuk 2 pegawai beruniform direman SPRM

August 2, 2023

Info X Reporters

LABUAN: Tiga individu termasuk dua pegawai beruniform ditahan reman kerana disyaki menggunakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu bagi tujuan tuntutan tugasan rondaan berjumlah lebih RM100,000.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini hingga 7 Ogos itu dikeluarkan Majistret Lovely Natasha Charles selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Labuan, pagi tadi.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai ditahan kira-kira jam 2.30 petang semalam di pejabat SPRM Labuan.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek yang bertugas di daerah Labuan dan Tawau dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Info X