Search

Lelaki maut selepas kereta dipandu terbabas

September 11, 2023

Info X Reporters

BEAUFORT: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu terbalik di bahu jalan, di Kampung Lumat, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, mangsa Gregory George, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah akibat tersepit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.20 pagi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback yang terbabas sendiri lalu terbalik di bahu jalan.

Menurutnya, terdapat seorang mangsa lelaki tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Info X