KOTA KINABALU: Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima sebuah bangunan beli belah di Inanam, di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.06 petang sebelum lapan anggota bomba bersama jentera digerakkan ke tempat kejadian.
Katanya, bomba mengambil masa kira-kira 23 minit bagi memujuk lelaki berusia 38 tahun terbabit.

“Lelaki terbabit berjaya dipujuk anggota bomba dan keluarga mangsa daripada terjun dari bangunan.
“Lelaki itu kemudian dibawa turun sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, operasi tamat pada jam 3.55 petang. – Info X