SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas maut, manakala dua cedera dalam kemalangan di Jalan Sibuga, Batu 8, di sini, pagi tadi.
Kejadian berlaku apabila bas dipandu warga emas berusia 63 tahun itu dipercayai bertembung dengan pikap jenis Toyota Hilux Single Cab dinaiki seorang lelaki dan wanita berusia 20 dan 22 tahun.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.29 pagi.

Katanya, kemalangan membabitkan dua kenderaan van dan Toyota Hilux Single Cab telah bertembung.
“Terdapat seorang lelaki tersepit (pemandu van) berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.
“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dua mangsa dalam kenderaan pikap mengalami cedera ringan dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.
“Operasi tamat pada jam 9.54 pagi,” katanya. – Info X