Search

Banjir di Beaufort, 95 dipindahkan

September 22, 2023

Info X Reporters

BEAUFORT: Seramai 95 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir di Kampung Suasa, di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort terima panggilan bencana banjir di perkampungan dan dinaiki air di kampung berkenaan, kira-kira 4 petang.

Katanya, sepasukan BBP Beaufort kemudian digerakkan ke lokasi banjir untuk pemindahan mangsa.

Mangsa banjir di Kampung Suasa, Beaufort dipindahkan akibat banjir, petang tadi. – Foto/Bomba

“Operasi pemindahan mangsa banjir kemudian dijalankan oleh pasukan bomba bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Seramai 95 mangsa banjir dipindahkan ke Dewan PPS Selagon,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi tamat pada 6.30 petang. – Info X