Search

Ibu meraung anak mati ditetak

September 23, 2023

Info X Reporters

LAHAD DATU: Seorang ibu meraung melihat sekujur tubuh anaknya yang mati ditetak oleh lelaki kurang siuman di Felda Sahabat 30, di sini, pagi tadi.

Kejadian yang turut tular di media sosial itu mengundang rasa sebak dan marah oleh netizen.

“Sedihnya hati seorang ibu. Anak yang dikandung 9 bulan. Dijaga sehingga umur 12 tahun dibunuh oleh orang yang tidak waras.

“Macam mana la dia (ibu) mau menuntut keadilan untuk anaknya kesian. Allah Maha Besar. Biar Allah yg membalas semuanya.

“Anak syurga,” tulisnya.

Difahamkan, selepas kejadian itu, suspek dipercayai bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian.

Usaha menangkap suspek sedang giat dijalankan pasukan polis. – Info X