TAWAU: Mayat seorang lelaki ditemui selepas pintu rumah yang terkunci dibuka dengan bantuan anggota bomba di Taman Shamrock, di sini, hari ini.
Mayat lelaki berusia 60 tahun itu ditemukan di ruang tangga dipercayai terjatuh oleh pasukan bomba.
Difahamkan, mangsa sudah meninggal dunia sejak tiga hari lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.34 petang.
Katanya, sepasukan bomba bersama jentera digerakkan ke lokasi berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba membuka pintu rumah yang terkunci menggunakan peralatan khas dan menemui mangsa di ruang tangga.
“Mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi ditamatkan pada 2.55 petang. – Info X