Search

PPM gagalkan cubaan seludup petrol

February 26, 2024

Info X Reporters

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak petrol menerusi Op Terancang, semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, PPM Semporna yang menjalankan tugas operasi mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan di laut Kampung Simunul.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, sebaik menyedari kehadiran anggota PPM, juragan lelaki bertindak memecut melarikan diri menuju ke kawasan rumah atas air dan meninggal bot.

Katanya, pencarian dilakukan namun gagal mengesan suspek terbabit sebelum pasukan operasi berpatah balik ke bot pam yang ditinggalkan.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot pam itu menemui 1,425 liter petrol dan dan satu tong gas dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.

“Turut dirampas, bot berserta enjin dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah hampir RM49,000.

“Semua rampasan dibawa ke Pangkalan Polis Marin Semporna untuk tindak lanjut sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – Info X