Search

Lelaki ditahan, cuba ganti kad pengenalan palsu di JPN

March 14, 2024

Info X Reporters

SANDAKAN: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menggunakan kad pengenalan palsu, Selasa lalu.

Lelaki itu ditahan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Sandakan ketika hadir di kaunter JPN untuk membuat permohonan gantian kad pengenalan.

Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya memaklumkan, semakan oleh pegawai JPN mendapati kad pengenalan yang digunakan oleh lelaki terbabit tidak sepadan dengan maklumat dalam pangkalan data JPN.

“Berdasarkan kepada kuasa yang diberikan, lelaki terbabit telah ditahan oleh pegawai JPN.

“Lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindalan lanjut,” kata kenyataan itu. – Info X