Search

Biro Penerangan Gagasan Rakyat buat laporan polis terhadap Azis berkaitan isu ‘Firaun’

June 3, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Biro Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan), Datuk Mohd Azis Jamman berhubung ucapannya yang menyamakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) seperti Firaun.

Laporan dibuat oleh dua Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Gagasan Rakyat, Halil Ruffli dan Tsabbit Mukti di Balai Polis Penampang, kelmarin.

Halil berkata kenyataan Azis sangat berniat jahat seolah-olah GRS adalah kerajaan yang zalim dan disamakan dengan Firaun, manakala pemimpin Warisan pula seperti Nabi Musa.

“Ucapan Azis ini sangat jelas menghasut rakyat dengan menggunakan agama bagi memesongkan akidah rakyat.

“Kita sedia maklum rakyat negeri ini sangat menolak extrimist yang menggunakan agama demi kepentingan politik yang akhirnya akan membawa kepada perpecahan rakyat.

“Oleh itu saya menyeru kepada masyarakat Sabah agar tidak terpengaruh dengan cara politik sedemikian,” katanya.

Sementara itu, Tsabbit Mukti yang juga AJK Biro Penerangan Gagasan Rakyat berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang semakin dekat bukan alasan untuk pemimpin politik menyerang lawan dengan menyamakannya seperti Firaun. – Info X