PENAMPANG: Mangsa dipindahkan akibat banjir di daerah ini meningkat kepada 162 mangsa daripada 60 keluarga setakat jam 12 tengah hari tadi 8 pagi ini berbanding 114 mangsa pada jam 8 pagi tadi.
Daripada jumlah itu, seramai 126 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang, manakala 36 mangsa di Dewan Sri Putatan, Putatan.
Berdasarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, mangsa dipindahkan setakat ini terdiri daripada 51 lelaki dewasa dan 69 wanita dewasa, manakala 26 lagi kanak-kanak lelaki dan 16 orang kanak-kanak perempuan.
Setakat ini, seorang mangsa turut dilaporkan terkorban akibat banjir, iaitu seorang wanita berumur 37 tahun, disahkan meninggal dunia akibat dihanyutkan arus deras pagi tadi. – Info X