Search

Lelaki maut, motosikal terbabas rempuh tebing konkrit

August 7, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar tebing konkrit pejalan kaki di Jalan Putra Mas, Telipok, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.28 malam itu, mangsa berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dari arah Jalan Pan Borneo menuju ke pusat bandar raya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa terbabas di Jalan Putra Mas, Telipok.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan motosikal yang ditunggang mangsa terbabas ke tepi kanan jalan dipercayai laju lalu melanggar tebing konkrit pejalan kaki.

“Akibat kemalangan itu, motosikal itu mengalami kerosakan pada bahagian hadapan, manakala mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Info X