Search

5 kenderaan dihempap pokok tumbang di parkir KKIA

November 9, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Lima kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota (KKIA), di sini rosak dihempap pokok tumbang, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba I, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.29 petang.

“Dilaporkan pokok tumbang menghempap lima kenderaan membabitkan tiga Perodua Viva, Perodua Kancil dan Proton X70.

“Pasukan bomba bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengalihkan pokok tumbang menggunakan gergaji berantai,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Selepas memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan pada 7.15 malam,” katanya. – Info X