Search

Lelaki hilang ketika cuci bot disyaki dibaham buaya

December 2, 2024

Info X Reporters

KINABATANGAN: Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika mencuci bot di tepi sungai Kampung Sri Ganda, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Jisman berusia lingkungan 30-an sedang mencuci bot bersama anaknya.

Kejadian itu disedari oleh anaknya selepas ayahnya tiba-tiba tiada di lokasi berkenaan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.35 malam.

Katanya, pasukan bomba akan ke lokasi pada esok pagi (hari ini) memandangkan jarak ke lokasi adalah hampir 100 kilometer.

“Operasi berkenaan turut dibantu bersama Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Setakat ini dilaporkan mangsa masih belum ditemui,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa. – Info X