Search

Rumah terbuka bersama Krismas PBS, STAR di Hongkod Koisaan KDCA

December 24, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menjemput orang ramai untuk menghadiri rumah terbuka bersama di Hongkod Koisaan KDCA Penampang, esok.

Pengerusi penganjur, Christoper Mandut, berkata rumah terbuka yang disasar menerika kunjungan lebih 6,000 tetamu itu dijadual bermula pada jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Rumah terbuka itu turut dijangka dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Christoper berkata rumah terbuka bersama anjuran PBS dan STAR itu adalah yang kedua sejak tahun lalu sebagai tanda kerjasama kedua-dua parti. – Info X