Search

Tiga rumah di Taman Jumbo terbakar

February 3, 2025

Info X Reporters

PUTATAN: Tiga rumah teres dua tingkat di Taman Jumbo, Petagas, di sini, terbakar pagi tadi.

Bagaimanapun tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke banyak lagi kediaman.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengah hari.

Katanya, sepasukan 30 anggota dan pegawai bersama jentera termasuk pasukan bantuan daripada BBP Kota Kinabalu dan BBP Penampang terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan tiga rumah jenis kekal dengan keluasan setiap rumah 45 meter persegi setiap satu.

“Operasi pemadaman menggunakan empat pancutan dijalankan dengan dua aliran sepanjang 60 meter dari sumber air pili bomba dan tangki jentera,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pasukan bomba memadan kebakaran rumah di Taman Jumbo, Petagas, Putatan.

Menurutnya, api berjaya dikawal jam 1.04 tengah hari. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Rumah pertama terbakar sepenuhnya, manakala rumah kedua dan ketiga terbakar 80 dan 10 peratus.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 1.58 tengah hari. Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – Info X