Search

Lori 10 tan hilang kawalan rempuh 14 kereta

February 28, 2025

Info X Reporters

PENAMPANG: Sebuah lori 10 tan yang dipercayai hilang kawalan merempuh 14 kenderaan dalam satu kejadian Jalan Duvanson, dekat SK Tansau, Putatan, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu turut tular di media sosial yang memaparkan lori 10 tan merempuh kenderaan yang parkir di tepi jalan berkenaan.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) milik seorang pengguna jalan raya kelihatan juga seorang penunggang motosikal sempat mengelak sambil menyelamat seorang kanak-kanak daripada dirempuh kenderaan berkenaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori melanggar 14 kenderaan termasuk motosikal.

Lori merempuh 14 kenderaan yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Duvanson, dekat SK Tansau, Putatan.

“Hasil siasatan awal mendapati, pemandu lori dipercayai hilang kawalan hingga melanggar 14 kenderaan lain yang diletakkan di tepi jalan kiri dan kanan serta bahu jalan di hadapan SK Tansau, Putatan.

“Akibat daripada kemalangan itu, seorang pemandu kenderaan yang dilanggar mengalami kecederaan ringan dan menerima sebagai pesakit luar,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.

Sammy berkata, pemandu lori berusia 56 tahun warga asing ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan lanjut.

Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan sebuah lori merempuh 14 kenderaan termasuk motosikal di Jalan Duvanson, dekat SK Tansau, Putatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan dan berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Azmi Adamb di talian 012-8434330,” katanya

Sementara itu, beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa. – Info X