Search

Kegiatan pelacuran dibanteras hasil aduan masyarakat

March 4, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah berjaya membanteras kegiatan pelacuran hasil maklumat awam yang disalurkan melalui QR Code Aduan Masyarakat.

Susulan aduan itu, dua wanita warga asing berusia 32 dan 37 tahun ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7).

Penahanan kedua-dua suspek wanita itu hasil serbuan di sebuah hotel di Kota Kinabalu, kira-kira jam 7 malam, pada 25 Februari lalu.

Kejayaan itu, katanya hasil aduan QR Code Aduan Masyarakat berkenaan aktiviti pelacuran melalui laman sesawang.

“Hasil serbuan itu turut merampas 14 keping kondom dan dua daripadanya telah digunakan. Turut dirampas tiga keping pembungkus kondom, dua botol minyak pelincir, dua beg dan wang tunai RM1,501.

“Siasatan lanjut mendapati aktiviti persundalan ini dengan cara mencari pelanggan melalui laman sesawang dengan bayaran sebanyak RM150 hingga RM300,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek wanita itu ditahan dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakkan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

“Polis amat mengharapkan kerjasama daripada orang ramai dalam menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah khususnya menggunakan QR Code Aduan Masyarakat,” katanya. – Info X