Search

Remaja lemas ketika mandi bersama dua rakan

March 30, 2025

Info X Reporters

PAPAR: Kegembiraan tiga sahabat mandi sungai Kampung Kaiduan, di sini, terakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui lemas, petang tadi.

Mangsa lelaki berusia 18 tahun ditemui oleh orang awam tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, kira-kira jam 4.30 petang.

Manakala dua lagi rakan mangsa lelaki dikatakan berjaya menyelamat diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 4 petang.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.

“Menurut pengadu, terdapat tiga orang mangsa dilaporkan melakukan aktiviti mandi-manda, di mana seorang mangsa dikhuatiri lemas.

“Dua lagi mangsa dilaporkan selamat dan dihantar ke hospital menggunakan Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kereta keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa ketiga ditemui orang awal kira-kira 20 minit sebelum ketibaan pasukan bomba.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.20 petang,” katanya. – Info X