Search

Lelaki maut kemalangan 3 kenderaan di Jalan Tenghilan

March 31, 2025

Info X Reporters

TUARAN: Seorang lelaki maut manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tenghilan, di sini, petang tadi.

Mangsa Mohammad Ariel Syawal Abdali, 20, yang memandu kereta Perodua Bezza tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.33 petang.

Katanya, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Bezza, Viva dan Mitsubishi.

“Terdapat 10 mangsa terbabit, lima mangsa dari Mitsubishi Triton mengalami cedera telah keluar sendiri manakala lima lagi mangsa dari Perodua Viva tidak mengalami kecederaan.

“Sementara itu, seorang mangsa dari Perodua Bezza tersepit dan dikeluarkan pasukan bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia di lokasi diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – Info X