Search

Sekitar sambutan Aidilfitri dihadiri Ketua Menteri pada 1 Syawal

March 31, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag antara tetamu yang menghadiri sambutan Hari Raya dihoskan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tusin di Istana Seri Kinabalu pada Isnin.

Hajiji meraikan tetamu di rumah terbuka Aidilfitrinya di Kampung Serusop, Tuaran.

Antara yang turut hadir di Istana Seri Kinabalu ialah Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Ir Shahelmey Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan jemaah menteri serta pembantu menteri Sabah.

Sebelum itu, pada awal pagi, Hajiji bersama Musa dan ribuan umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri di Sembulan.

Hajiji bersama pemimpin negeri menghadiri sambutan Aidilfitri Tun Musa di Istana Seri Kinabalu.

Hajiji kemudian mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri orang ramai di kediamannya di Kampung Serusup, Tuaran. – Info X