Search

Mangsa banjir dipindah di Nabawan bertambah

April 12, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Penduduk dipindahkan akibat banjir di Nabawan meningkat kepada 383 mangsa pagi ini, berbanding 263 mangsa malam tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah itu membabitkan sebanyak 94 keluarga.

Antara mangsa banjir dipindahkan ke PPS di Nabawan.

Katanya, jumlah kawasan yang terjejas turut meningkat dengan sebanyak 28 kampung dikenal pasti dilanda banjir setakat pagi ini berbanding 14 kampung semalam.

Jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) turut bertambah kepada lima berbanding empat malam tadi.

Anggota APM meninjau keadaan sungai di Nabawan.

PPS terbabit ialah Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan, Dewan Kampung Bahagia, Balai Budaya Kabangawon dan Balai Budaya Kampung Sarikan dan Balai Budaya Kampung Saupi. – Info X