Search

Lelaki dikhuatiri dibaham buaya di Kinabatangan

May 26, 2025

Info X Reporters

KINABATANGAN: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dibaham buaya dalam kejadian di Ladang Linddale, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Jufri Untung, 30, dibaham reptilia berkenaan semasa menjalankan aktiviti menangkap ikan di sungai kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba, Hairi Utoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 6.08 pagi.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.

Lokasi mangsa dilaporkan hilang disyaki dibaham buaya ketika menangkap ikan di sungai Ladang Linddale, Kinabatangan. – Pix/Bomba

“Pasukan operasi tiba di lokasi yang terletak sejauh 50 kilometer dari BBP Kinabatangan, pada jam 7.22 pagi dan mengesahkan kejadian memang benar berlaku.

“Pasukan operasi terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa secara ‘Surface Seaching’ di kawasan sekitar tepi sungai,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari masa ke semasa. – Info X