LAHAD DATU: Pasukan bomba menyelamatkan seekor anjing yang terperangkap di lubang sedalam 4.5 meter di Tamaco Plantation Jalan Kimbell, di sini, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, sebaik menerima laporan sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat seekor anjing terperangkap dalam lubang utama sedalam anggaran 4.5 meter.
“Pasukan bomba bertindak menurunkan seorang anggota ke dalam lubang sebelum bertindak membantu mengeluarkan anjing itu untuk dinaikkan ke atas,” katanya.
Katanya lagi, operasi ditamatkan pada jam 7.54 pagi selepas anjing berkenaan berjaya diselamatkan. – Info X