Search

Dua cedera, kereta dihempap pokok tumbang

August 11, 2025

Info X Reporters

PUTATAN: Dua individu mengalami cedera ringan selepas kereta dinaiki dihempap pokok tumbang di Jalan Ulu Putatan, di sini, pagi tadi.

Kereta Proton Saga itu dalam perjalanan dari Jalan Ramayah ke Jalan Ulu Putatan sebelum pokok tumbang menghempap bumbung kenderaan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Sherriyana Bohari berkata, enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan, jam 8.22 pagi.

“Sebaik tiba, komander operasi mendapati dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita berusia 46 tahun cedera ringan.

“Kedua-dua mangsa diberi rawatan awal oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum dibawa ke hospital menggunakan ambulans APM,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Anggota bomba memotong dan mengalihkan pokok menggunakan gergaji berantai serta membersihkan kawasan berkenaan. – Pix/Bomba

Menurutnya, pasukan bomba kemudian memotong dan mengalihkan pokok menggunakan gergaji berantai serta membersihkan kawasan berkenaan.

“Operasi tamat sepenuhnya jam 9.04 pagi selepas memastikan lokasi selamat dan tiada bahaya lain,” katanya. – Info X