Search

Peguam nafi ibu Zara kutip derma untuk biayai kos guaman

August 21, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Pasukan peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan kononnya anak guam mereka sedang mengutip derma untuk dirinya sendiri atau membayar yuran guaman.

Dalam kenyataan bersama hari ini, enam peguam iaitu Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser berkata, anak guamnya tidak ada membuat sebarang kutipan derma ketika ini sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk membayar yuran guaman.

Mereka berkata, nombor akaun bank milik anak guam sebenarnya pernah digunakan untuk menerima sumbangan orang ramai beberapa hari selepas kematian Zara.

“Namun, sumbangan melalui akaun-akaun itu telah dihentikan tidak lama kemudian,” kata kenyataan itu.

Menurut mereka, sebarang sumbangan wang kepada anak guamnya akan hanya diterima secara fizikal
oleh beliau sendiri atau wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah diberi otoriti oleh beliau.

Pasukan guaman itu turut menegaskan perkhidmatan guaman mereka adalah secara pro bono atau percuma. – Info X