Search

TUDM sahkan nahas pesawat pejuang di landasan LTSAS

August 21, 2025

Info X Reporters

KUANTAN: Tular di media sosial malam ini rakaman memaparkan letupan disusuli percikan api dipercayai membabitkan sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan.

Video berdurasi beberapa saat itu dikongsi oleh netizen yang mendakwa ia berlaku di landasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan memaklumkan, kemalangan berlaku pada jam 9.05 malam membabitkan pesawat F/A-18D Hornet.

“TUDM sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa mengenai insiden kemalangan itu,” kata kenyataan berkenaan.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai nasib juruterbang pesawat terbabit. – Info X