Search

PRU Sabah: 29 November hari kelepasan am untuk mengundi

November 28, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengisytiharkan esok, 29 November 2025 sebagai hari kelepasan am khas negeri Sabah.

Cuti khas itu diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong, menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pengisytiharan kelepasan am itu bagi memudahkan rakyat Sabah keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) Ke-17 pada Sabtu.

“Kerajaan Negeri Sabah mengisytiharkan tarikh 29 November 2025 (Sabtu) sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi Negeri Sabah bagi memudahkan rakyat negeri ini menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada PRU Sabah Ke-17,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu, 29 November 2025 sebagai hari pengundian biasa bagi PRU Sabah Ke-17 setelah dua minggu kempen bermula sejak hari penamaan calon pada 15 November lalu. – Info X