Search

KM adakan Majlis Kesyukuran di Kampung Serusup

December 6, 2025

Info X Reporters

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengadakan Majlis Kesyukuran di kediamannya di Kampung Serusup, di sini yang turut dihadiri penduduk sekitar pada petang Jumaat.

Majlis itu turut dihadiri jentera Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman.

Hadir sama beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), antaranya ADUN Labuk, Datuk Samad Jambri yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar; ADUN Dilantik yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun; ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan ADUN Dilantik, Datuk Abdul Kassim Razali. – Info X