TAWAU: Sebanyak 30 rumah perkampungan atas air di Kampung Sri Aman, Lorong Jade 4, Jalan Apas, di sini, musnah sepenuhnya, dalam kebakaran malam tadi.
Namun, tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 300 rumah berhampiran daripada turut terbakar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Timbalan Penguasa Bomba Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.23 pagi.

Katanya, seramai 24 pegawai dan anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai.
“Kebakaran membabitkan 30 rumah yang terbakar sepenuhnya, dengan anggaran keluasan keseluruhan kira-kira 0.55 hektar.
“Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 300 rumah berhampiran daripada turut terbakar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman turut dibantu BBP Kunak dengan enam anggota serta Bomba Komuniti Kampung Titingan serta penduduk setempat.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.44 tengah malam, sekali gus menghalang api daripada merebak ke kawasan perumahan berhampiran.
“Tiada mangsa dilaporkan terbabit atau cedera dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.10 pagi selepas memastikan keadaan selamat.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya. – Info X