KOTA KINABALU: Tujuh kampung dilapor dinaiki air berikutan limpahan Sungai Padas di Tenom akibat hujan lebat berterusan pada Ahad.
Kampung terbabit ialah Enubai (Jln Labut), Ponontomon, Ponontomon Tanjung, Pantungon Saga, Mandalom Lama, Tumantalik dan Pantongan Sapong.
Berdasarkan laporan Angkatan Pertahanan Awam (APM), hanya laluan di Kampung Ponontomon boleh dilalui kereta pacuan empat roda, manakala laluan di enam lagi kampung tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

Bagaimanapun belum ada laporan pemindahan penduduk terjejas banjir setakat ini.
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah itu juga sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan situasi bertambah buruk. – Info X