KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyumbangkan dua kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan replika kunci kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sebagai simbolik penyerahan sumbangan dalam satu majlis di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan, pada Jumaat.
Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun serta pegawai-pegawai kanan polis dari Bukit Aman. – Info X