KOTA MARUDU: Sepasang suami isteri cedera apabila meredah api ketika menyelamatkan diri selepas kediaman mereka yang terbakar dalam kejadian di Kampung Bombong 1, Jalan Semperita, di sini, semalam.
Dalam kejadiam kira-kira jam 11.40 malam itu, mangsa iaitu seorang lelaki berusia 49 tahun dan isterinya yang berusia 45 tahun melecur pada bahagian badan mereka.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.53 malam.
Katanya sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 30 kilometer dari balai bomba.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang tebakar 100 perarus dan telah dipadamkan oleh orang awam sebelum pihak Bomba tiba dilokasi.
“Terdapat dua orang mangsa cedera melecur di bahagian badan dan mereka kemudian dihantar ke hospital Kota Marudu oleh pasukan Bomba menggunakan Van urvan,” katanya.
Menurutnya, tiada tindakan memadam kebakaran dijalankan dan operasi kemudian ditamatkan pada jam 1 pagi. – Info X