Search

BOMBA SELAMATKAN LELAKI CUBA TERJUN PANGSAPURI

June 22, 2022

admin

SANDAKAN: Tindakan seorang lelaki yang cuba terjun dari sebuah pangsapuri di Batu Tujuh, di sini, malam tadi berjaya dihalang pasukan bomba.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa berusia 20-an berkenaan dikatakan cuba terjun dari bangunan terbabit sebelum disedari penduduk sekitar.

Difahamkan, orang awam yang berada di lokasi kejadian terus menghubungi pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan sejurus menyedari kejadian terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.44 malam sebelum sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian terus menjalankan operasi memujuk mangsa untuk turun dari bangunan pangsapuri berkenaan.

“Mangsa akhirnya akur dan berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudianya diserahkan kepada pihak polis yang turut hadir membantu di lokasi untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.40 malam. – Info X