Search

5 daerah masih banjir, 5,532 mangsa dipindah

February 27, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seramai 5,532 mangsa banjir membabitkan 1,943 keluarga berlindung di pusat pemindahan di lima daerah pedalaman setakat pagi Jumaat.

Daripada jumlah itu, daerah Tenom merekodkan jumlah paling ramai iaitu 3,149 mangsa, diikuti Beaufort (1,456 mangsa), Membakut (427 mangsa), Sipitang (421 mangsa) dan Sook (79 mangsa).

Setakat ini, sebanyak 27 pusat pemindahan dibuka di kelima-lima daerah bagi menampung mangsa banjir yang dipindah selepaa kediaman mereka dinaiki air sejak Selsasa dan Rabu lalu.

Daerah Beaufort merekodkan jumlah kampung paling banyak terjejas akibat banjir kali ini dengan sebanyak 58 kampung, diikuti Tenom sebanyak 46 kampung, Sipitang (22 kampung), Membakut (16 kampung) dan Sook (empat kampung).

Berdasarkan perkembangan dikongsikan di media sosial, banjir di daerah terbabit dilaporkan mulai susut, namun masih banyak kawasan, termasuk jalan raya yang digenangi air. – Info X